Tuesday 17 February 2009

tafsiran akal...


KEAJAIBAN DUNIA SEMUT...
Pernahkah kita terbayang diminda...satu komuniti masyarakat hidup dalam keadaan cukup sempurna tanpa peraturan dan rukun? Sedangkan manusia yang dianugerahkan akal yang amat unik tidak mampu melakukannya tanpa rukun dan udang-undang.Allah menciptakan setiap sesuatu tiada yang sia-sia daripada sebesar-besar kejadian hinggalah sekecil ciptaannya.

-SEMUT...
Apa ada dengan semut??..persoalan yang timbul sehinggakan terukir didalam القراءن الكريم sebuah surah النمل (semut).Pernahkah kita mengkaji disebalik komuniti ini?...

Semut hidup dalam satu komuniti dan kelompok yang besar sehinggakan mencecah ribuan ekor.Kelompok ini hidup secara kerjasama,saling memerlukan antara yang lain,tiada mengutamakan kepentingan diri hingga sanggup berkorban demi saudaranya yang lain.Masing-masing arif akan tugas dan tanggungjawab mereka dalam komuniti tiada istilah "curi tulang" atau "goyang kaki",mereka berkerja siang dan malam mencurahkan pengabdian mereka pada setiap bebanan yang dipikul,ini gambaran sebuah komuniti yang jauh lebih sempurna berbanding manusia.Semut bukti kesempurnaan ciptaan allah.


-SARANG SEMUT...
Setiap makhluk ciptan allah memerlukan tempat tinggal atau tempat untuk berteduh,begitu juga keadaannya dengan semut.Semut membangun sarangnya dengan mencantumkan dedaunan hijau dan menggunakan kelenjar pada larva semut yang belum menetas sebagai pengikat.Semut akan menarik dedaunan yang hendak disatukan dan membuat satu rantaian agar mudah untuk mencantumkan dedauan yang dikumpul.Mereka menggunakan kelenjar pada larva untuk dijadikan sebagai simen mengikat dinding-dinding daun.Sungguh menakjubkan!!!Ia seolah-olah dikendalikan oleh arkitek-arkitek yang mahir...Subahanallah
Setelah mengumpulkan dedauan,petugas semut akan mengeserkan larva pada bahagian yang diikat agar dedauan dapat dibentuk menjadi sarang.Larva akan memainkan peranannya sebagai benang mengikat daun,ini kerana semut dewasa tidak mampu untuk menghasilkan benang yang mengikat dedauan.Ini mengakibatkan pertumbuhan larva menjadi rosak dan dirawat didalam sarang.Semua semut akan berkerjasama untuk membina sarang mereka sehinggalah menjadi satu binaan yang unik dan amat kukuh,yang mana tidak mampu manusia menciptanya..inilah tanda kekuasaan allah yang maha esa.
Lihatlah,bagaimana pengorbanan larva menberikan kelenjar sebagai pengikat sehingga menyebabkan pertumbuhannya untuk menjadi semut dewasa terbantut.Pernahkah kita berkorban diri,nyawa,harta untuk saudara kita....terlintaskah dihati sanggup berkorban demi agama islam!!!
Renunglah,bagaimana allah mencipta satu makhluk yang tidak mempunyai akal fikiran tapi dapat menjalani kehidupan yang amat sempurna.Allah menunjukan kesempurnaanya hanya sekadar semut sebagai misalnya.Keajaiban dunia semut tidak dapat dicapai oleh akal manusia.Oleh itu,mengapakah manusia bejalan dimuka bumi ini dengan penuh kesombongan!!tidakkah terfikir bahawa diri kita ini lemah...Hanya terdapat satu yang kuasa

ALLAH...

No comments: