Thursday 25 June 2009

Taubat Seorang Hamba


Baru-baru ne aku ader terbaca satu atikel atau lebaran cerita yg aku nk kongsi dgn korang,ianya berkisar tentang kisah seorang pemuda yg ingin bertaubat dri dosanya.

Kisah ne dinaqalkan dari hadis nabi s.a.w. yg mana telah dihuraikan dgn panjang lebar oleh ulama'.


Kisah ini berlaku pada zaman sebelum junjungan besar kita Muhammad s.a.w. dibangkitkan dan setelah Nabi Isa diangkat kelangit,ianya digelar ‘zaman fatrah’.

Mengisahkan tentang seorng pemuda yg bergelumang dgn dosa seumur hidupnya,membunuh tanpa hak,sehinggakan 99 nyawa telah terkorban ditangannya.

Tapi… dengan hidayah serta izinNYA,terbuka secebis kelopak keinsafan dijauh sudut hati pemuda itu sehinggakan membawa kepada rasa ingin bertaubat kpa Allah.

Maka…dengan itu pemuda tadi pergi menemui rahib yg dipercayai masih berpegang pada ajaran yg dibawa oleh Nabi Isa dan bertanyakan perihal keberadaaanya,adakah terdapat ruangan taubat buatnya?...

Oleh kerana kecetekan ilmu serta kurangnya kecerdikan,si rahib memberikan tamparan yg hebat buat pemuda itu dgn jawapan ‘tidak..’kalimah yg amat mengecewakan, maka genaplah 100 nyawa yg melayang ditangan pemuda itu selepas si rahib itu menjadi mangsa.

Kisahnya tidak terhenti disini,sifat yg tidak kenal erti putus asa membawa pemuda itu bertemu dgn seorng alim di kota itu dan pastinya soalan yg sama diajukan untuk mendapatkan kepastian serta membawa seribu pengharapan dlm dirinya.


Si alim itu berkata “Pintu taubat buatmu terbuka luas ,bawalah dirimu jauh dari tempatmu ini dan janganlah sekali-kali kamu menoleh kebelakang lg.Pergilah kamu ke negeri aman yg mana penduduknya mengabdikan diri kepada Allah”.

Bertolaklah pemuda itu ke negeri yg disebutkan dan dlm perjalanan die menemui ajalnya,maka berlaku sedikit pertelagahan diantara malaikat rahmat dan malaikat azab.


Kata malaikat rahmat “pemuda ini telah bertaubat dan Allah menerima taubatnya maka aku berhak atasnya”


Ada pun kata malaikat azab “pemuda ini tidak pernah melakukan kebaikan maka aku berhak atasnya”


Diringkaskan cerita,maka malaikat bersepakat untuk mengukur jarak antara tempat maksiat yg ditingglkan dan tempat hidayah yg dituju.Jika pemuda itu hampir dgn tempat maksiat,dia akan dibawa oleh malaikat azab dan begitulah sebaliknya.

Natijahnya… dengan rahmat Allah pemuda itu diampunkan segala dosanya dan tergolong bersama hamba-hambanya yg soleh.


Ingatlah rahmat Allah sangat luas lebih luas dari dosa hambanya

Bertaubatlah selagi pintu masih lg terbuka.sbb kita tak tau bila nafas ini terhenti…