Sunday 5 February 2012

mahabbah Ar-Rasul



12 ربيع الاول 1433 bersamaan 5 2012 febuari, hampir seluruh umat diseluruh dunia menyambut Maulidur Rasul sollallahu alaihi wasalam, tidak ketinggalan umat Islam di Bumi Mesir walaupun ketika ini kita baru dikejutkan dengan
kecelakaan yang berlaku di Port Said yang mana meragut hampir 75 nyawa serta mencederakan lebih 1000 orang.
Belum lagi reda dengan demonstrasi rakyat menggulingkan tentera, ditambah dengan pemergian seorang ulama besar, Syekh Imad Affad. Keadaan Mesir kini masih belum tenang, kita mengharapkan sinar Maulidur Rasul ini memberi seribu curahan rahmat dan keberkatan Allah agar bumi anbia ini kembali tenang dan aman..

....أدخلوا مصر إن شاء الله آمنين


Sempena menyambut Maulidur Rasul 1433,Azhar As-Syarif dibawah Syekh Ahmad Toib (شيخ أحمد الطيب ) serta Syekh Ali Jummah ( شيخ على جمعة ) Mufti Mesir mengadakan majlis pembacaan kitab hadis yang dikarang oleh Al-hafiz Al-Iraqi radiallahu anhu ( الحافظ العراقى رضى الله عنه ) iaitu ( المورد الهنى فى المولد النبى )

Majlis dihadiri ulama-ulama Al-Azhar diantaranya Syekh Nuruddin , Syekh Ahmad Ma'bad Abdul Karim , Syekh Toha Al-Habisyi ,Syekh Abdul Rahim Badruddin , Syekh Jamal Faruq Ad-Daqqaq , Syekh Yusri Jabar , Syekh Usamah Said Al-Azhary dan banyak lagi. Majlis bermula tepat jam 8 setegah malam setelah selesai muhadorah bersama Syekh Nuruddin.

Kitab المورد الهنى فى المولد النبى dikumpulkan oleh Al-Hafiz Al-Iraqi daripada hadis-hadis An-Nabawi yang mana dikatakan sebaik-baik karangan yang menceritakan tentang perihal Nabi sollahu alaihi wasallam sejak beliau masih belum dilahirkan. Bagaimana beliau menceritakan perihal beliau apabila ditanya sahabat radiallahu anhu, dipilih dari sebaik-baik makhluk dan semulia keturunan Arab.

pengenalan pengarang kitab

kitab ( صحيح مولد النبي للحافظ العراقي ) atau ( المورد الهني في المولد السني ) dikarang oleh Al-Hafiz Al-Iraqi , beliau (الإمام عبد الرحيم بن الحسين بن عبد الرحمن المشهور بالحافظ العراقي), beliau dilahirkan pada tahun 725 hijrah, apabila beliau berumur 3 tahun bapa beliau telah kembali kerahmatullah, akan tetapi Allah melimpahkan nafahat serta barakah kepada beliau dengan ilmu dan hikmah. Beliau hadir majlis Syekh Taqiuddin ( guru kepada bapa beliau ) dan beliau menghafaz Al-Quran ketika umurnya 8 tahun.Beliau juga sangat mengambil berat tentang ilmu, diantara bidang terawal yang diceburi adalah ilmu qiraat dan bahasa arab. Dikatakan beliau berupaya menghafal lebih 400 rangkap syair dalam satu hari.

Beliau mula menceburi bidang hadis apabila mendapat kata nasihat dari Syekh Izzuddin Ibnu Jamaah. Dengan kepintaran dan penguasaan beliau dalam bidang ilmu maka mudah baginya untuk menguasai bidang hadis serta ulumnya. Beliau kembali kerahmatullah pada tahun 806 hijrah.

Diantara karangan Al-Hafiz Al-Iraqi -

- (إخبار الأحياء بأخبار الإحياء )
- الكشف المبين عن تخريج إحياء علوم الدين
- تقريب الأسانيد في ترتيب المسانيد
- الألفية المسماة بـ( التبصرة والتذكرة ) في علم الحديث
- التقييد والإصلاح لما أطلق وأغلق من كتاب ابن الصلاح
- النجم الوهّاج في نظم المنهاج، (يعني في الأصول للبيضاوي)

kitab المورد الهني في المولد السني mengandungi beberapa bab

ورتبته على عدة أبواب

1. شرف أصله الكريم
2. لم يكن في أصله إلى آدم إلا نكاح ليس فيه سفاح
3. حمل أمه به وما رأت في حمله ووضعه
4. إخبار أهل الكتاب بطلوع نجمه
5. تاريخ ميلاده
6. بيان المكان الذي ولد فيه
7. تسميته بمحمد وأحمد
8. مولده وظهور آياته
9. إرضاعه وشق صدره وما ظهر في ذلك
يتبع ربما بالصوت

1. شرف أصله الكريم

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد القائل:

"بعثت من خير قرون بني آدم حتى كنت من القرن الذي كنت فيه"
(أبو هريرة رضي الله عنه، بتدوين صحيح البخاري، كتاب المناقب، باب صفة النبي )

"إن الله خلق الخلق، فجعلني في خير فرقهم، ثم خير القبائل فجعلني في خير القبيلة، ثم خير البيوت فجعلني في خير بيوتهم، فأنا خيرهم نفسا وخيرهم بيتا"
(العباس رضي الله عنه، بتدوين جامع الترمذي، كتاب المناقب، باب فضل النبي )


"إن الله اصطفى كنانة من ولد إسماعيل، واصطفى قريشا من كنانة، واصطفى من قريش بني هاشم، واصطفاني من بني هاشم "
(واثلة بن الأسقع رضي الله عنه، بتدوين صحيح مسلم، كتاب الفضائل ، باب فضل نسب النبي )

2. لم يكن في أصله إلى آدم إلا نكاح ليس فيه سفاح

"خرجت من نكاح غير سفاح"
(علي بن الحسين رضي الله عنهما، بتدوين البيهقي في السنن الكبرى، وابن جرير وعبد الرزاق في تفسيرهما رحمهم الله تعالى)

sebahagian contoh yang terdapat dalam kitab...
moga mendapat manfaat bersama...amin.

No comments: