Monday 23 February 2009

akal sebagai wasilah...

Arghh…pening kepala bila memikirkan idea yang tak kunjung tiba..Apa yang nak difikirkan tak muncul-muncul,kadang-kadang tu terlintas gak kalimah..”malas la nak fikir”tapi tu bukan jawapan bernas buat masa ne.Aku kena fikiran sesuatu…
Ya..aku tahu bukan satu tugas yg mudah bagi akal nak menterjemahkan imaginasi dlm lisan pena.Aduh!!idea..idea…manakah kau??Mengapa kau tak melintasi garis-garis fikiranku.
Susah bila suatu benda yg difikiran tak ada jalan keluar,walau macam mana pun,akal sentiasa berkerja mencari jawapan bagi setiap question yg diajukan oleh sifat ingin tahu,akal akan mengeledah setiap sudut kotak fikiran,mencari dan terus mencari apa yg dikehendaki. Akal….

Satu anugerah allah buat manusia yg mana membezakan antara makhluknya dan ia mengangkat martabat si akal lebih berbanding yg lain.Sedangkan jika diteliti,organisasi otak manusia hanya terdiri daripada segumpal daging yg disokong oleh jutaan dawai urat,dimana lahirnya akal???..
Hyee..susah memikirkannya ,tapi tak apa.. sebab ia bukan satu persoalan yg perlu diberi jawapannya,itu semua kuasa sang pencipta yg mengaturnya,jauh dari kemampuan manusia untuk memikirkannya.

Memang kita ketahui lahir disudut nurani manusia sifat ingin tahu,kehairanan dan rasa tidak puas hati yg membangkitkan aneka pertanyaan dalam diri tentang pelbagai kejadian,dan disini peranan akal bertugas untuk menyelesaikannya.Tapi tak semua perkara dapat dijawab oleh akal kerana kemampuan akal terbatas,ilmu pada akal sekadar “lekitan air dijarum”,mana mampu menandingi lautan yg terbentang luas, firman allah...


قل لو كان البحر مدادا لكلمات البحر قبل أن تنفد كلمات ربى ولو جئنا بمثله مددا
الكهف...

" katakanlah sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah tuhanku nescaya
habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah tuhanku,meskipun kami datangkan tambahan seperti itu. "

Akal sekadar ihsan allah pada hambanya agar berfikir tentang kejadian alam dan
matlamat ia diciptakan,ia bukan bererti dengan akal, manusia boleh melakukan apa sahaja tanpa panduan. Akal yg selamat, yg mana dipandu oleh Al-quran & As-sunnah sebagai satu jalan yg lurus,manakala akal yg tidak disokong oleh kedua ini akan mudah melencong kepada fikrah yg salah dan membawa kepada i’tikad yg batil .Akal yg tidak dikendali dengan betul maka terbitlah pelbagai falsafah dan teori serta ideologi yg mencerobohi hukum allah dan mecabuli agama.Mulalah diri menyalahkan tuhan serta agama dan cuba mengubah peraturan alam dengan akal,membawa pelbagai ideologi dan pemikiran yg mengelirukan.Tujuannya semata-mata ingin menyesatkan manusia dari jalan yg benar dan mengikut hawa nafsu syaitan.Contoh yg mudah dapat dilihat dlm masyarakat eropah dahulunya yg berpegang pada Teori Evolusi yg dipelopori oleh Charels Darwin sehinggakan mengubah pemikiran masyarakat tentang kejadian alam sehingga kini.

Teori Evolusi yg dibawa oleh Charels Darwin amat mengelirukan,mana mungkin setiap benda hidup wujud dengan sendirinya tanpa sang pencipta.Ia satu perkara yg mustahil dan akal mengingkarinya.Darwin menyatakan dalam teorinya,setiap benda yg wujud terjadi dengan kebetulan dan makhluk yg berada di alam ini akan berjuang tanpa henti untuk meneruskan aktiviti kehidupannya sehingga mati,ia dianggap sebagai satu mekanisme utama terjadinya evolusi.Teori ini telah mengelirukan akal dan ia menyerap kedalam pemikiran masyarakat.Ini menyebabkan manusia lupa akan keesaan tuhan dan tidak mengendahkan hukum yg telah ditentukan.Maka berlakulah pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan yg berleluasa mengundang kemurkaan allah.Zina',arak,liwat menjadi perkara biasa dimata mereka.Sehinggakan apa yg baik dimata mereka,maka ia dianggap suatu yg harus manakala yg bertentangan dgn akal mereka ia dianggap salah dan batil.Al-quran dan as-sunah bukan lg jalan yg disusuri tp nafsu yg merajai.

Kini peranan kita sebagai pejuang agama Allah dan pewaris para anbia' menegakan kembali agama allah dan melempar sejauh yg mungkin fikrah batil ini.Persoalan yg timbul..bagaimana kita menolak fikrah batil ini?..apakah cara dan kaedah yg perlu dilakukan?..dan apakah hujah yg patut dilemparkan jika kita berhadapan dgn golongan ini atau jika berhadapan sendiri dengan Darwin??...
firman allah...

wahai orang-orang yg beriman jika kamu membantu Allah (menegakkan agama Allah) maka Allah akan membantu kamu dan menetapkan diri kamu (hati-hati kamu)

Allah akan membantu setiap hambanya yg berjalan diatas jalan yg benar.Barangsiapa mengingkari jalan yg telah ditentukan allah dan melampaui batas maka tiada pertolongan bagi mereka,itulah janji Allah dan sesungguhnya Allah tidak menyalahi janjinya.


Sedangankan Allah maha pencipta mana mungkin tidak mengetahui perihal ciptaannya. Sebenarnya jika dikaji dan diteliti terdapat banyak bukti dan keterangan yg amat jelas lg terperinci tentang kewujudan Allah serta alam ini.Secara logiknya setiap benda yg ada ataupun yg wujud di alam ini wajiblah bg ia pencipta yg menciptakannya,suatu perkara yg mustahil jika sesuatu itu wujud dgn sendirinya.Perkara ini sudah menjadi uruf di akal kita dan ini secara tidak langsung menolak fikrah Darwin yg menyatakan alam wujud dgn sendirinya.

Selain itu,kita boleh meneliti suatu komuniti atau masyarakat contohya semut,bayangkan mana mungkin 500 ribu ekor semut berkerja demi satu tujuan yg sama umpama ia dikendalikan.Sang semut melakukan tugasan masing-masing tanpa diarah atau dipaksa,setiap kitaran kehidupan mereka teratur dgn sistematik seolah-olah kitaran kehidupan mereka telah disusun jadualnya.Kejadian kebetulan bukan jawapannya kerana semut mendapat sifatnya sejak ia dilahirkan.Ia tidak lain membuktikan adanya pencipta yg mengatur dan mengawal kitaran mereka iaitu ALLAH...

Jika dikaji dgn lebih mendalam lg tentang keajaiban semut ini,sudah mampu menolak kemampuan akal manusia yg dibangga-banggakan golongan Darwin ini.Sebagai makhluk ciptaan Allah yg amat kerdil ini,seharusnya kita mensyukuri nikmat yg telah dilimpahkannya bukanlah menentangnya.Akal hanya sebagai wasilah untuk kita berfikir tentang kejadian alam dan merasa diri hina dihadapan Allah,walaupun Allah memuliakan manusia dari segenap makhluknya dgn akal.Ia bukan bererti semua perkara dapat dijangkau oleh akal pemikiran kerana ilmu makhluk amat cetek,masih terdapat banyak perkara yg tidak dapat dijawab oleh akal seperti alam roh,jin,syurga,syaitan dan sebagainya.Ia ilmu disisi Allah yg disampaikan kepada manusia melalui perantaran nabi s.a.w.

Oleh itu,akal yg salim (selamat) dipandu oleh Al-quran dan as-sunnah jauh dari nafsu a'marah.Kita insan kerdil hanya duduk dibawah naungan yg maha esa.

Tuesday 17 February 2009

tafsiran akal...


KEAJAIBAN DUNIA SEMUT...
Pernahkah kita terbayang diminda...satu komuniti masyarakat hidup dalam keadaan cukup sempurna tanpa peraturan dan rukun? Sedangkan manusia yang dianugerahkan akal yang amat unik tidak mampu melakukannya tanpa rukun dan udang-undang.Allah menciptakan setiap sesuatu tiada yang sia-sia daripada sebesar-besar kejadian hinggalah sekecil ciptaannya.

-SEMUT...
Apa ada dengan semut??..persoalan yang timbul sehinggakan terukir didalam القراءن الكريم sebuah surah النمل (semut).Pernahkah kita mengkaji disebalik komuniti ini?...

Semut hidup dalam satu komuniti dan kelompok yang besar sehinggakan mencecah ribuan ekor.Kelompok ini hidup secara kerjasama,saling memerlukan antara yang lain,tiada mengutamakan kepentingan diri hingga sanggup berkorban demi saudaranya yang lain.Masing-masing arif akan tugas dan tanggungjawab mereka dalam komuniti tiada istilah "curi tulang" atau "goyang kaki",mereka berkerja siang dan malam mencurahkan pengabdian mereka pada setiap bebanan yang dipikul,ini gambaran sebuah komuniti yang jauh lebih sempurna berbanding manusia.Semut bukti kesempurnaan ciptaan allah.


-SARANG SEMUT...
Setiap makhluk ciptan allah memerlukan tempat tinggal atau tempat untuk berteduh,begitu juga keadaannya dengan semut.Semut membangun sarangnya dengan mencantumkan dedaunan hijau dan menggunakan kelenjar pada larva semut yang belum menetas sebagai pengikat.Semut akan menarik dedaunan yang hendak disatukan dan membuat satu rantaian agar mudah untuk mencantumkan dedauan yang dikumpul.Mereka menggunakan kelenjar pada larva untuk dijadikan sebagai simen mengikat dinding-dinding daun.Sungguh menakjubkan!!!Ia seolah-olah dikendalikan oleh arkitek-arkitek yang mahir...Subahanallah
Setelah mengumpulkan dedauan,petugas semut akan mengeserkan larva pada bahagian yang diikat agar dedauan dapat dibentuk menjadi sarang.Larva akan memainkan peranannya sebagai benang mengikat daun,ini kerana semut dewasa tidak mampu untuk menghasilkan benang yang mengikat dedauan.Ini mengakibatkan pertumbuhan larva menjadi rosak dan dirawat didalam sarang.Semua semut akan berkerjasama untuk membina sarang mereka sehinggalah menjadi satu binaan yang unik dan amat kukuh,yang mana tidak mampu manusia menciptanya..inilah tanda kekuasaan allah yang maha esa.
Lihatlah,bagaimana pengorbanan larva menberikan kelenjar sebagai pengikat sehingga menyebabkan pertumbuhannya untuk menjadi semut dewasa terbantut.Pernahkah kita berkorban diri,nyawa,harta untuk saudara kita....terlintaskah dihati sanggup berkorban demi agama islam!!!
Renunglah,bagaimana allah mencipta satu makhluk yang tidak mempunyai akal fikiran tapi dapat menjalani kehidupan yang amat sempurna.Allah menunjukan kesempurnaanya hanya sekadar semut sebagai misalnya.Keajaiban dunia semut tidak dapat dicapai oleh akal manusia.Oleh itu,mengapakah manusia bejalan dimuka bumi ini dengan penuh kesombongan!!tidakkah terfikir bahawa diri kita ini lemah...Hanya terdapat satu yang kuasa

ALLAH...