Saturday 25 June 2011

bersama Syekh Muhammad Abul Huda Al-Yaqoubi



Dalam kesibukkan imtihan dimusim panas ini, kami masih lagi diberi kesempatan masa untuk duduk bersama ulama’ dan mendapat nafahat serta keberkatan dari mereka.

Saturday 18 June 2011

Minda masyarakat atau minda kita…??





Antara sedar atau tidak,pelbagai perkara yang berlaku disekeliling kita, sama ada ianya berlaku dalam lingkungan minda mahupun diluar kawalan akal, yang pasti ia melibatkan kehidupan serta struktur perjalanan seharian individu mahupun bi’ah masyarakat.

Friday 20 May 2011

barakah air zam-zam yg direndam rambut rasullah..


barakah air zam-zam yang direndam rambut Rasullah bersama keberkatan ulama'-ulama' Ahli Sunnah dihadiahkan kepada Al-fakir serta rakan-rakan dalam majlis pembacaan hadis bersama Syekh Muhammad Awad Manqus hafizohullah...tidak ada perkara yang lebih berharga dari ini,

Monday 16 May 2011

Majlis pembukaan kitab ‘ hasyiah al-amir ‘

Alhamduliah, bersyukur atas nikmat iman dan islam serta selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad sollahu alaihi wasalam,

Tuesday 10 May 2011

sekadar berkongsi


Imtihan....exam..exam..ahh!!! inilah dia yang selalu bermain dikepala al-fakir dan inilah juga pengalaman yang amat perit perlu al fakir lalui dan perkara ini jugalah yang malas al fakir nak fikirkan ,tapi nak buat macam mana inilah juga namanya makhluk yang Allah muliakan dengan akal, dengan adanya akal maka turunnya ujian. Tak boleh la terlepas dari ujian …huh…

khatam jauhar tauhid . . .





Mei 8hb 2011, , Alhamdulillah ... Majlis Khatam Kitab Tauhid شرح الصاوي علي الجوهر التوحيد bersama

Tuesday 3 May 2011

Kemuliaan Rasullah


Mungkin sesetengah dari kita paham dan mengerti akan perkara tersirat pada tajuk diatas, akan tetapi bukanlah maksud saya untuk mengaibkan mana-mana individu mahupun memburukannya. Disini saya hanya ingin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin samar-samar pada sesetengah pihak bahkan ada yang menganggapnya suatu perkara biasa.

Tuesday 26 April 2011

فزوروها



Islam diakhir zaman kian dilanda pelbagai kemelut serta fitnah merosakkan akidah dan pegangan umat.

Sunday 27 March 2011

haram hukumnya..


Haram bagi seseorang mempelajari ilmu tauhid mahupun ilmu usulludin yang mana tidak dipimpin oleh guru yang mahir dalam bidangnya..tidak ketinggalan juga seseorang yang belajar tanpa berguru, seperti berjalan tanpa petunjuk arah, tiada petunjuk tujuan yang benar bahkan syaitan menjadi gurunya.

Lebih parah lagi, apabila ada yang mengaku diri sebagai tok guru mahupun ustaz mengajar masyarakat awam tentang ilmu tauhid padahal merekalah yang menyesatkan umat bukan meluruskannya.Apabila keutuhan akidah tidak kuat maka bermacam-macam masalah yang berlaku termasuklah wujudnya 'rasul melayu', 'kerajaan langit' dan lain-lain.Inilah petanda rosaknya akidah serta iktiqad umat.

Dunia semakin dilanda fitnah, umat semakin jauh dari allah, keyakinan yang di yakini bukanlah pada jalannya..ada yang mengaku membawa islam, memperjuangkan hak islam tetapi adakah islam yang dibawa selaras dengan tuntutan al-quran dan as-sunnah?.

Bagaimana kita mengetahui jalan yang kita jalani itu seiring dengan hukum hakam allah atau sebaliknya..?

Semua ini akan terjawab dengan ilmu tauhid yang benar lagi hak mengikut pimpinan al-quran dan as-sunah serta bimbingan guru yang mursyid.

Sesetengah daripada mereka pula berpegang pada ayat-ayat mutasyabihat (samar-samar erti dan maksudnya) atau sunat mutasyabihat yang mana bertentangan dengan kaedah hukum akal dan naqal yang muhkam.Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu jatuh kufur seterusnya menyesatkan mereka dari jalan yang benar.Ulama ada menegaskan bahawa mereka ini umpama dajjal bahkan lebih teruk dari dajjal kerna bukan sahaja beramal dengan amalan yang sesat bahkan menyesatkan orang lain..maka pohonlah dijauhkan diri dari golongan ini.

Pegangan Ahli sunnah wal jamaah, jalan yang membawa kejayaan didunia dan akhirat, mengikut lorongan al-quran dan as-sunnah serta ijma' ulama yang menjadi pewaris para nabi.
benarlah sabda nabi s.a.w. 'ulama itu pewaris para nabi'..nabi tidak mewarisi harta atau pangkat tetapi mewarisi ilmu pada umatnya.oleh itu,ulama penerus perjuangan para nabi dan rasul.

Maka hendaklah kita berpegang pada guru serta ulama yang mursyid bukan membuat hukum hakam mengikut selera serta kehendak masing-masing.Ilmu umpama cahaya penyuluh, manakala ulama' penunjuk arah yang membimbing seseorang kearah kebenaran.

Oleh itu, hendaklah kita mempelajari ilmu dengan bimbingan guru serta pimpinan al-quran dan as-sunnah yang soheh jauh dari kesesatan nafsu,biarlah ilmu yang memimpin bukan nafsu yang menunggang .

rujukan utama ; 'Akidatun Najin' karangan syekh zainul abideen ibnu muhammad al-fatoni.
Al-quran
Hadis