Saturday 21 March 2009

Bila terlaksananya bantuan Allah...

Kezaliman dan kediktatoran israel terhadap rakyat palestin khususnya umat islam kini semakin parah dan bertambah rumit,umpama tiada lg tirai yg menutupi kekejaman mereka.Dengan jelas Israel membunuh umat islam dan menghancurkan serta memusnahkan harta benda tanpa mengenal erti kemanusiaan.Peluru dilepaskan tidak mengira siapa sasarannya,kanak-kanak,wanita mahupun org tua tidak terlepas dri gengaman mereka.Dengan mengunakan gedung senjata sekutunya Amerika yg mana menjadi dalang terbesar disebalik kekejaman ini,Israel membedil disetiap sudut Gaza hingga kedetik ini.Hospital ,ambulans, sekolah, masjid menjadi sasaran utama pesawat pejuang dan kereta kebal israel,sehinggakan tiada satu pun yg terlepas dari pandangan si Yahudi ini kecuali ianya dimusnahkan dan dihancurannya.Betapa kejamannya golongan Yahudi yg memperlakukan umat islam umpama boneka, dikitai-kitai mengikut hafsu syaitan mereka.Ianya dianggap sejarah terburuk dunia abad ini.

Israel tidak pernah beganjak walau seinci dari pendiriannya meskipun dikecam hebat oleh dunia luar.Mereka berselindung dibalik kuasa besar Veto yg diterajui oleh sekutunya untuk meneruskan aktiviti keganasan mereka ke atas umat islam di Palestin.Manakala dunia arab hanya membisu dan mendiamkan diri menyaksikan kehancuran saudaranya sendiri bagai dibelenggu kuat oleh rantai-rantai, bahkan lebih teruk lg yg bersekongkong dengan Israel mengotorkan bumi Palestin dengan darah insan yg tidak berdosa. Malahan segala bentuk bantuan dan ubatan disekat sama sekali daripada disalurkan kepada mangsa Palestin,betapa kejamnya Israel, yg mana membangsakan diri mereka sebaik-baik kaum disisi Allah,apakah mereka tidak mempunyai akal??...

Pada waktu yg sama, umat islam dipelusuk dunia melaungkan kalimah jihad menentang kekejaman dan kezaliman Israel diatas mimbar-mimbar masjid,menadah tangan memohon kehadrat illahi dengan penuh khusyuk dan tawaduk agar didatangkan tentera-tentera Allah membantu memusnahkan dan menghancurkan musuh-musuh Islam dengan sehancur-hancurnya.Agar diperlihatkan dengan jelas kebenaran yg hakiki dri Allah dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg dizalimi.

Sehingga kesaat ini palestin masih dihujani kekejaman Yahudi zionis,darah mengalir dan terus mengalir membasahi tanah Palestin.Bukankah pertolongan Allah diatas tangan orang yg dizalimi itu serta merta tanpa hijab?.. mengapakah tidak terlaksananya bantuan dari Allah.. sedangkan umat Islam berdoa dengan penuh pengharapan dan hina diri mengharap kebenaran dari yg maha esa.Bilakah tertunainya pertolongan dari Allah??..

Sebenarnya jawapan yg amat jelas dan nyata terpangpang dihadapan kita,tidak perlu kepada ijtihad akal atau penelitian yg mendalam untuk sampai kepadanya,sekadar memerlukan secebis kesedaran dalam diri, adakah kita sudah berpijak diatas bumi yg nyata atau masih diawangan??..Sedarkah kita ini jauh dari Allah,betapa kita melalaikan perintah dan suruhanya,lingkaran laranganya kita cerobohi tanpa mengendahkan kemurkaannya,begitu kita masih meminta dan memohon...adakah ianya wajar??..Syariat Allah satu-satunya jalan yg memberi keamanan dan ketenteraman keatas segala kehidupan didunia hatta batu sekalipun,tp mengapakah manusia memilih undang-undang manusia sebagai hakim yg menentukan arah perjalanan mereka dan dlm masa yg sama menolak hukum Allah...

Renungilah, umat islam kini lebih mengutamakn dunia berbanding akhirat sedangkan sabda nabi "cintakan dunia punca segala kefasadan".Manusia berlumba-lumba mengumpulkan harta kekayaan dunia tp lupa bekalan untuk ke akhirat.Harta, pangkat, jawatan menjadi rebutan sehingga sanggup mengadaikan maruah agama dan membiarkan nafsu mengheretnya kepada lubang neraka .Alangkah beratnya umpama memikul beban yg besar apabila menghulurkan bantuan kejalan Allah tp begitu mudah meletakkan tangan dilembah maksiat dan kemungkaran.Masihkah kita mempertikaikan bantuan dari Allah?!!..sedangkan pada masa yg sama tangan inilah menutup pintu-pintu rahmat Allah dan menghalalkan musuh Allah membuat kefasadan.Tidakkah kita menyedarinya?!!..

Kekuatan islam terpasak diatas kesatuan dan tali pengikat antara sesama muslim,jika tali pengikatnya kuat dan kukuh maka sukar bg musuh-musuh islam untuk menembusi dan memutuskanya.Begitulah yg diamanahkan Allah kepada manusia agar berpegang pada kitabnya dan sunnah nabi,selagi mana individu muslim berpaut pada keduanya dan bersatu dibawah satu bumbung selagi itulah islam akan tertegak dibumi Allah ini dan terlaksanalah tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah memakmurkan bumi.
Lihatlah keteguhan umat Islam diabad permulaan Islam yg diterajui panglima-panglima Islam bukan saja dapat menumbangkan kerajaan Rom dan Parsi,sebuah kerajaan yg amat hebat dan kuat bahkan mampu menyebarkan Islam dipelusuk dunia.Menjadi satu ketumbukkan yg amat digeruni oleh musuh Allah.Kekuatan dan keteguah mereka tidak lain hanyalah Islam menjadi landasan mereka dan bersatu dibawahnya sebagai satu naungan agung Allah.Menjunjung kalimah tauhid dan meletakkan syariat Allah pada darjat yg paling tinggi.

Apabilah kalimah Allah tertegak dimuka bumi ini nescaya tidak akan berlaku kefasadan serta kemungkaran,manusia akan hidup aman dan teratur lengkap.Tiada permusuhan serta pertelingakahan sesama manusia apatah lagi ingin menumpahkan darah,begitu indah peraturan Islam yg diatur oleh sang pencipta.Oleh itu,kita sebagai makhluk Allah yg bernama muslim patut dan wajar kita berusaha menegakan kalimah tauhid dimuka bumi ini,jangan kita menunding jari menyalahkan orang lain, dalam masa yg sama kita lupa pada diri dan berselindung dibalik bayang sendiri.

renung-renungkanlah...