Tuesday 3 May 2011

Kemuliaan Rasullah


Mungkin sesetengah dari kita paham dan mengerti akan perkara tersirat pada tajuk diatas, akan tetapi bukanlah maksud saya untuk mengaibkan mana-mana individu mahupun memburukannya. Disini saya hanya ingin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin samar-samar pada sesetengah pihak bahkan ada yang menganggapnya suatu perkara biasa.
Hukum menghina Rasullah atau merendahkan martabatnya..
Didalam kitab صريح البيان في الرد علي من خالف القرءان yang dikarang oleh المحدث الشيخ عبدالله الهرري menjelaskan tentang hukum menghina atau mengurangkan martabat Rasullah sama ada ianya berupa perkataan, perbuatan mahupun isyarat. Berkata beliau dalam kitabnya..
‘ ketahuilah bahawasanya menghina dan mengurangkan martabat Rasullah adalah kufur, dan terkeluar dari agama islam secara ijma’ ulama (perkara yang disepakati ulama ). ‘
Allah menjelaskannya didalam surah Al-Baqarah ayat 98
من كان عدوا لله وملا ئكته ورسله وجبريل وميكائل فان الله عدو للكافرين
Barangsiapa menjadi musuh Allah dan musuh malaikatNya dan rasulNya dan Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah itu musuh kepada orang yang tidak beriman.
Makanya ayat ini menjelaskan tentang akibat orang yang memusuhi Allah serta RasulNya dan para malaikat yang mulia. Ternyata mencela serta menghina Rasullah termasuk dari musuh-musuh Allah dan RasulNya. Ayat lain Allah menyebut dalam surah At-Taubah
ولئن سألتم ليقولن انما كنا نخوض ونلعب قل أبالله وءايته ورسوله كنتم تستهزءون (65)
لا تعتذروا قد كفرتم بعد ايمانكم (66)
Dan jikalau engkau bertanya kepada mereka , tentulah mereka akan menjawab ; kami hanya bergurau dan bermain-main saja, katakanlah ; apakah Allah dan keteranganNya dan rasul-rasulNya hendak kamu memperolokkan ? ( * )
Tidak usah engkau memohon maaf kerna sesungguhnya kamu telah kafir sesudah beriman.
Hadis-hadis Rasullah banyak menjelaskan hukum orang yang menghina serta merendahkan martabt dan kedudukan Rasullah.Antaranya hadis didalam Sunan Abi Daud, bab hukum barangsiapa menghina Rasullah saw dan Sunan Al-Baihaqi.
روى أبو داود في سننه وغيره عن عكرمة قال : حدثنا ابن عباس أن أعمى كانت له ام ولد تشتم النبى وتقع فيه فينهاها فلا تنتهى ويزجر فلا تنزجر, قال : فلما كانت ذات ليلة جعلت تقع في النبى وتشمته , فاخذ المغول فوضعه فى بطنها واتكأ عليها فقتلها , فوقع بين رجليها طفل , فلطخت ما هناك بالدم , فلما أصبح ذكر ذلك للنبى , فجمع الناس فقال : (أنشد الله رجلا فعل ما فعل لي عليه حق الا قام ) , قال : فقام أعمى يتخطى الناس وهو يتزلزل حتى قعد بين يدي النبي فقال : يا رسول الله أنا صاحبها , كانت تشتمك وتقع فيك , فينهاها فلا نتتهى , وازجرها فلا تنزجر , ولى منها ابنان مثل اللؤلؤتين , كانت بي رفيقة , فلما كان البارحة جعلت تشتمك وتقع فيه , فأخذت المغول فوضعته في بطنها واتكأت عليها حتى قتلتها , فقال النبي : ( ألا اشهدوا أن دمها هدر )
Diakhir hadis diatas, Rasullah menyebut ( tidakkah kamu saksikan bahawasanya darah perempuan tadi tidak berharga )..maka disini ulama mengistibadkan hukum bahawasanya menghina dan merendahkan martabat Rasullah adalah dihukumkam riddah ( terkeluar dari islam ) نعو ذ بالله من ذلك maka darahnya halal.
Dalam kitab (شرح روض الطالب) yg dikarang oleh ulama Ahli sunnah wal jamaah ( شيخ زكريا الأنصارى الشفعى ) menjelaskan hukum menghina Rasullah
(أو كذب نبيا في نبوته أو غيرها , أو جحد ءاية من المصحف مجمعا عليها أي علي ثبوتها أو زاد فيه كلمة معتقدا انها منه , أو استخف بنبى بسب أو غيره)
“ atau mendustakan nabi dengan kenabiannya atau selainnya, atau mendustakan ayat dari Al-quran yang disepakati akan kebenarannya dari Allah atau menambah padanya satu kalimah yang diiktiqadkan ianya dari Al-quran, atau merendah-rendahkan Nabi dengan menghina atau sebagainya… “
Kitab lain seperti (الدر المختار علي متن تنوير الأبصار ) menyebut dalam mazhab Imam Abu Hanifah pada hukum menghina Rasullah adalah kafir, maka orang tersebut akan dikenakan had bunuh dan tidak diterima taubatnya, lain pula jika ia menghina Allah dan bertaubat maka taubatnya akan diterima. Disini ulama mazhab hanafi mengsabitkan bahawa hak Allah akan diangkat dengan taubat nasuha, akan tetapi hak hamba tidak terangkat dengan taubat. Dan barangsiapa yang syak akan kekufuran orang yang menghina Nabi maka dia boleh jatuh kufur.


perlu diingat, semua para nabi dan rasul adalah maksum (terpelihara dari dosa kecil mahupun dosa besar ) sebelum menjadi rasul bahkan selepas menjadi rasul. terpelihara dan dipelihara Allah dari segala keaiban..maka pahamilah.

Rasullah berbeza dari makhluk yang lain sejak azali lagi dan tidak sama sekali serupa dengan makhluk yang lain dan kita sejak azali lagi mengenal Rasullah .Insyallah, jika ada masa dan peluang saya akan bahaskan tentang Rasullah sebelum kenabian dan selepas beliau menjadi rasul.

No comments: