Sunday 26 April 2009

sebulan buatku


Imtihan...imtihan..satu lg gelombang ombak yg mendatang,halangan yg aku kne tempuhi,kali ne aku rasakan amat sukar dan perit sekali,mugkin kali ini ombak yg akan aku tempuhi,lebih sukar dr yg pernah aku lalui,barangkali ujian kali ne diluar imaginasiku,
ahh...

serabut aku...
bahtera yg aku persiapkan masih belum cukup sifat,11 layar perlu aku teguhkan,satu persatu perlu aku kuatkan,agar aku tidak ditelan dek ombak yg menerkam,
hanya...

sebulan buatku..
jangka masa yg amat singkat,sedangkan layar utama belum lg aku naikan,mugkinkah aku akan karam..atau tersadai buat sementara?...apakah bahtera ne mampu menahan ombak,serta badai yg mendatang...

buatku kini..
hanyalah doa kpd Dia,kerna Dia yg mendengar sedangku merintih,kerna Dia arif akan diriku,
mengapa perlu aku risau...tugasku hanyalah berlayar,dan terus berlayar merentasi lautan dunia,hingga sampai kedaratan akhirat...
tempat tujuan abadi.

moga allah permudahkan.

Friday 3 April 2009

Hakikat malu

عن أبى هريرة رضى الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : الايمان بضع وسبعون شعبة :فافضلها : قول لا اله الا الله , وادناها : اماطة الاذى عن الطريق , والحياء شعبة من الايمان

Islam agama yg mengajar umatnya supaya menghiasai diri dgn akhlak mulia dan terpuji seperti mana yg ditunjulkan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w. Nabi s.a.w. diutuskan Allah kpd makhluk di dunia, khususnya manusia dan jin sebagai pembentuk akhlak serta contoh ikutkan yg terbaik (husnul khatimah).
Sabda nabi s.a.w.

أنما بعثت لأتمم مكارم الاخلاق

Sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan akhlak yg mulia

Kebaikkan dan kemulian diri itu tidak akan hadir kecuali hadir disampingnya sifat malu sehinggakan tercatat sifat malu itu sebahagian daripada cabang iman.Malu ditakrifkan sebagai satu perlakuan atau perbuatan yg menjurus kpd kebaikan dan menolak perbuatan keji disamping menahan diri daripada sifat-sifat yg buruk mengikut landasan syarak yg benar.Ia juga digelar sohibul hak.
Ulama’ membahagikan sifat malu itu kpda beberapa bentuk :

  • Malu kerna kesalahkan dan dosa yg dilakukan seperti malu Nabi Adam ketika mana dikeluarkan dari syurga
(Allah berfirman:- Adakah engkau lari dari aku wahai Adam
Berkata Nabi Adam;-tidak ya Allah…bahkan aku malu kepadamu.)

  • Malu kerna rasa kehambaan seperti malunya hamba kepada yg maha kuasa.

  • Malu kerna kemulian serta keagungan seperti malu seorang mukmin kepada Rasullah sebagai penghulu nabi dan rasul.


  • Malu kerna kesopanan umpama malunya saidina Ali karamallahu wajha ketika mana bertanya rasullah tentang air mazi.

Allah juga malu kepada hambanya kerna Allah maha pengasih dan penyayang, malunya maha esa kepada hambanya yg menadah tangan memohon rahmat dan keredaanya,malu untuk menolak permintaan hambanya.Dalam waktu yg sama Allah mengajar hambanya agar tidak malu untuk menyatakan kebenaran ( hak ), firman Allah…

لايستحى من الحق
Allah tidak malu daripada kebenaran
(al-ahzab ; 53)




Berkata Saleh bin Abdul Qudus
Apabila kurangnya maruah diri, kuranglah malunya,
Dan tidak ada kemuliaan pada diri apabila kurang maruahnya,
Malumu itu, maka ia akan menjaga kamu,
Sesungguhnya yg menunjukkan kemuliaan akhlak itu malunya,

Sifat malu yg sebenar, malu kepada Allah iaitu menjaga batasan syarak,menahan batin dari hawa nafsu syaitan dan mengingati mati.Barangsiapa yg menginginkan akhirat maka tinggalkan syurga dunia yg fana.Malu pada lisan Islam bukanlah semata-mata menundukkan wajah ataupun merendahkan diri disekitar masyarakat bahkan terkumpul disitu beberapa maksud dan erti disebaliknya..

  • Memelihara fikrah daripada kotoran-kotoran dunia dan ideologi yg sesat jauh dari kebenaran.
  • Mengalirkan setiap yg halal ke rongga perut tidak bercampur baur dgn syubahat apatah lagi haram
  • Senentiasa mengingati mati dan persediaan menghadapi alam yg baru selepas alam ujian ini.
  • Menginginkan kebahagiaan akhirat dan usaha kearahnya.

Oleh itu,usaha kearahya tidak lain hanyalah menambahkan iman dan taqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya.Inilah yg dipaparkan oleh sahabat Rasullah dan para saleh serta auliah yg memahami hakikat malu mengikut landasan Islam yg sempurna.

Sabda nabi...
قال صلى الله عليه وسلم فيما رواه ابن ماجة

اذا اراد الله أن يهلك عبدا نزع منه الحياء ...فاذا نزع منه الحياء لم تلفه الا مقيتا ممقتا فاذا لم تلفه الا مقيتا ممقتا...نزعت منه الامانة, فاذا نزعت منه الامانة لم تلفه الا خائنا مخونا, فاذا لم تلفه الا خائنا مخونا,نزعت منه رحمة,فاذا نزعت منه رحمة لم تلفه الا رجيما ملعنا ,نزعت منه ربقة الاسلام

apabila Allah hendak mencelakai seseorang hambanya maka akan dicabut malunya....

fakir-fikirkanlah…