Tuesday 10 May 2011

khatam jauhar tauhid . . .





Mei 8hb 2011, , Alhamdulillah ... Majlis Khatam Kitab Tauhid شرح الصاوي علي الجوهر التوحيد bersama
Maulana Allamah Syekh Jamal Faruq Al-Hasani di Masjid Al-Azhar As-Syarif. Kitab ini dikarang oleh بحر العلم العلامة الشيخ أحمد محمد المالكى الصاوي yang mengikut landasan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Akidah Asyairah dan Maturidiah serta Salafuna Soleh. Pengajian kitab ini berlangsung hampir setahun setengah bermula dari bulan Rejab 1430 hingga pada tarikh 5 Jamadilakhir 1432 Hijriah bersamaan 8 Mei 2011 yang lalu secara bertalaqi.
Serba sedikit pengenalan tentang kitab ini, ianya syarah kepada matan jauharah yang dikarang oleh الشيخ ابراهيم بن ابراهيم بن علي اللقاني المالكى . Matan jauharah mengandungi 144 bait dalam bahar rajaz ,membahaskan tentang ilmu tauhid ataupun feqh al-akhbar mengikut landasan Asyairah dan Maturidiah .
Terdapat pelbagai karangan yang mensyarahkan matan jauharah ini diantaranya, syarah pertama ditulis oleh pengarang sendiri..
عمدة المريد لجوهر التوحيد ia adalah syarah khabir yang dikarang pada 1019 hijriah.
Kemudian syarah soghir هداية المريد لجوهر التوحيد pada tahun 1029 hijriah dan akhir sekali تلخيص التجريد لعمدة المريد akan tetapi ianya tidak dapat disempurnakan.
Anak beliau juga الشيخ عبد السلام اللقاني tidak melepaskan peluang untuk mengambil faedah dari ilmu ayahnya, beliau mensyarahkan matan jauharah dalam kitabnya اتحاف المريد بجوهر التوحيد .
Kerna curahan ilmu serta luasnya rahmat yang terkandung dalam matan jauharah ini, para ulama berlumba-lumba mengkaji dan mendapatkan faedah darinya. الشيخ عبد البر بن عبد الله الأجهوري mensyarahkannya dalam kitab yang berjudul فتح القريب المجيد بشرح جوهر التوحيد ,tidak lupa juga الشيخ ابراهيم الباجوري dalam kitabnya تحفة المريد علي جوهرة التوحيد yang mana kitab ini menjadi rujukan utama di Universiti Al-Azhar bagi Fakulti Usuluddin Tahun 1 dan 2.

Manakala شرح الصاوي علي جوهرة التوحيد diajarkan dikelas-kelas talaqi dan menjadi asas pegangan tauhid bagi orang awam mahupun ulama-ulama.
Makanya nasihat dari si fakir untuk diri ini dan juga rakan-rakan agar tidak melepaskan peluang untuk mengaji serta mempelajari ilmu tauhid, kerna ianya petunjuk jalan yang hak disisi Allah. Berpeganglah pada akidah yang benar mengikut panduan ulama Asyairah dan Maturidiah,yakini Ahli Sunnah WalJamaah. Janganlah kamu pesongkan jalan kamu dengan mengikut akidah yang lain selain Ahli Sunnah WalJamaah.
Ya Allah, hambamu yang hina ini bertawasul kepada kekasihmu saidina muhammad sollahu alaihi wasalam serta para aulia solihen dan pengarang kitab-kitab ini agar diluruskan jalanku menuju rahmatmu dan berkatilah ilmu ini…ya Allah.
Al-Fatihah…

No comments: