Wednesday 15 December 2010


Faedah dari kitab “minhaj abedeen”

Kitab yg dikarang oleh ulama’ yg mashyur pada kurun ke-5 hijrah iaitu imam arif billah zainuddin hujah islam abi hamid Muhammad ibnu Muhammad ibnu muhammah al-ghazali qadasahullah…

Insan tidak terlepas dari penyakit hati hatta para ulama’ mahupun ubbad yg sentiasa mengabdikan diri pada Allah swt.Penyakit hati ini terlalu halus,mungkin sesetengah kita tidak menyedarinya.Oleh itu,para ulama bertungkus lumus mencari ubat utk mengubati hati sehingga terbitnya puluhan karya yg membahaskan tentang penyakit hati serta cara pengubatannya,diantaranya imam al-ghazali yg muncul pd kurun ke-5 hijrah an-nabawiah.

Sedikit cebisan yg boleh kita ambil faedah dr kitab ‘minhaj abedeen’ mengenai hati yg dibahaskan panjang lebar oleh al-imamuna al-ghazali rahimahullah.

‘ditanya kepada beliau ,maka sesungguhnya perkara hati amatlah penting dan berat sekali ,oleh itu khabarkanlah kepada kami akan kaifiat utk memperbaiki hati dr segala penyakit yg merosakkannya.’

Berkata imam al-ghazali...’ketahuilah olehmu perbahasan ini terlalu mendalam dan tidak aku bicarakannya disini (minhaj abedeen).maka aku lihat banyak ulama yg membahaskan tentangnya dan terdapat 90 perkara utk membaiki hati dan sebaliknya (90 penyakit hati)..dan aku telah bahaskannya secara terperinci dalam kitab ihya’ ulumuddin,disini aku datangkannya penjelasan yg terang serta mendalam cara dan kaedah mengubati hati dalam bab muamalat.ianya bab yg terasing dr yg lain serta besar faedahnya..

Adapun didalam kitab ini maka aku ringkaskan kepada beberapa perbahasan yg mudah difahami..Perbahasan tentang hati didalam kitab ini (minhaj abedeen) memberi manfaat pd org awam mahupun org yg telah sampai kepada Allah swt, tidak kira kuat hatinya ataupun lemah.Maka perlu diteliti masalah ini dr segi usulnya (asasnya) dan ianya tidak lari dr 4 perkara penting iaitu penyakit hati yg menyebabkan tergelincirnya para ubbad dan mujtahidin dalam menuju jalan Allah.

Antara penyakit hati, panjangnya cita2 , bertindak tanpa berfikir , hasad dengki dan riak atau takabbur,adapun lawannya iaitu sifat mahmudah seperti tawaduk,khusyuk dan pendek angan2..Makan disini datang persoalan..Apakah yg digelar panjangnya cita2..??dan mengapakah ianya menjadi salah satu punca penyakit hati..??

Panjangnya cita2 menjadi penghalang kepada berbuat kebaikan serta taat kepada Allah dan membawa kepada keburukan dan maksiat…ketahuilah jika seseorang itu panjang cita2nya maka ia telah mencampakkan dirinya kekancah meninggalkan taat dan malas kerna dalam dirinya akan berkata “akan aku lakukan dan masa masih panjang dihadapanku”..maka seseorang itu akan menganggap bagi dirinya ada lagi masa yg akan mendatang sedangkan ia lupa, bahawa walaupun sesaat yg mendatang tidak mungkin lg dapat ia tempuhi dan mungkin saja inilah saat terakhirnya..Bertangguh dgn ‘akan’ menjadikan seseorang itu terus hanyut dgn cita2nya.

Ingatlah..waktu didalam dunia terbahagi 3..yg telah lalu , yg sedang berlaku dan yg akan datang.. perkara yg telah lalu tidak dpt kita kembalikan semula,ia akan terus berlalu , manakala yg sedang berlaku itulah masa yg Allah berikan pada kita adapun yg akan datang belum tentu lagi diizinkan Allah.Maka berhati2lah dgn panjangnya cita2mu kerna ianya makin menjauhkan kamu dari Allah serta memendekan waktumu..

Berkata daud at-to’ey rahimahullah ‘barangsiapa yg takut akan janji buruk Allah maka akan datang padanya yg jauh (rahmat Allah) dan barangsiapa yg panjang cita2nya maka buruklah amalannya..’

Berkata yahya bin muaz ar-razi rahimahullah ‘cita2 memutuskan segala kebaikan dan tamak menegah setiap kebenaran ….

Perkara kedua penyebab daripada panjangnya cita2….

Sambung…..