Tuesday 10 May 2011

sekadar berkongsi


Imtihan....exam..exam..ahh!!! inilah dia yang selalu bermain dikepala al-fakir dan inilah juga pengalaman yang amat perit perlu al fakir lalui dan perkara ini jugalah yang malas al fakir nak fikirkan ,tapi nak buat macam mana inilah juga namanya makhluk yang Allah muliakan dengan akal, dengan adanya akal maka turunnya ujian. Tak boleh la terlepas dari ujian …huh…

Guru al fakir pernah berpesan, ‘ jangan memaksa diri untuk mendapatkan sesuatu perkara dunia kerna, walaubagaimana sekalipun kamu berusaha dalam perkara dunia, akan tetapi bahagian yang Allah tentukan untuk kamu hanya sekadar itu sahaja, maka kamu tidak akan mendapat lebih dari itu ‘. Al fakir memandang positif ungkapan ini dan ianya membawa kejayaan bagi al fakir. Bagaimana..?
Terkadang, ada antara kita terlalu takut dengan exam sehinggakan bersengkang mata mentelaah buku-buku, kitab, nota dan sewaktu dengannya, sampaikan sanggup telan pil tahan ngantuk, teguk ubat batuk macam-macam lagi la..sebabnya hanya sehelai kertas..berbalaoi ker.??
Bagi al fakir, ianya tidak berbaloi..sebenarnya ada cara yang mudah untuk menghadapi exam ini dan ianya sering dipraktikkan oleh bijak pandai dan ramai yang terlepas pandang kerna leka dengan sikap bertangguh.
Jawapannya mudah ‘persiapan awal’ umpama seorang tentera yang ingin pergi bertempur dimedan perang maka perlu kepada persiapan awal dan rapi. Kerna itulah Allah bersumpah dengan masa..
‘ demi masa, sesunguhnya manusia berada dalam kerugian ‘.
Oleh itu, janganlah kita menjadi diantara orang-orang yang rugi, persiapkan diri sebelum menjejakkan kaki dimedan imtihan.
“Dh tak sempat in,mcm mana pulak” .. cara terbaik dengan study group, perbincangan bersama rakan dalam subjek tertentu akan memudahkan kita untuk mengingati subjek tersebut seterusmya menghabisi sukatan pelajaran dengan mudah. Jika tidak berkesempatan juga maka study la sebagaimana yang mampu pada diri kita, tidak perlu memaksa diri untuk study lebih had kebiasaan kerna ia akan memudaratkan kita serta menzalimi anggota badan kita.
Pemakanan sihat jangan diabaikan, usahlah dok melantak mee meggi jer setiap hari. Ia akan memudaratkan sistem badan serta pelancaran otak, ‘ akal yang sihat bermula dari badan yang cergas ‘ . Dalam masa yang sama, berikan makanan rohani pada roh kita, jangan ditinggalkan solat serta zikir, perbanyakan selawat dan doa, mudah-mudahan pekerjaan kita dapat bimbingan dariNya. Selawat yang mudah diamalkan seperti selawat fatih..
اللهُمَّ صَلِّي علي سَيْدِنا مُحَمَّد الفاتِحِ لما أُغلِقَ والخَاتِم لما سَبق ناصِرِ الحَقّ والهادِى الي صِراطِكَ المُستَقِم وعلي آلهِ حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدارِهِ العظيم
Selawat kamilah..
اللهم صلي صلاةً كاملةً وسلِّم سلامًا تامًا علي سيدِنا محمدِ الذي تَنْحَلُّ بِهِ العُقَد وتَنْفَرِجُ بِهِ الكُرَب وتُقْضَى بهِ الحَوَائِج وتُنالُ بهِ الرّغائِب وحُسنُ الخَواتِم ويُسْتَسْقَى الغَمامِ بِوَجْهِهِ الكريم وعلي آله وصحبِهِ في كُلِّ لَمْحَةٍ ونَفَسٍ بعددِ كُلِّ مَعْلُومٍ لك
Adalah terlebih baik jika kita menambahi amalan dengan solat sunat serta berpuasa pada hari-hari tertentu, contohnya isnin dan khamis..niatkan ikhlas kerna Allah.
Andai kata, ini pun tidak mampu dilakukan maka amalkan selawat pendek..
اللهم صلي علي سيدنا محمد
ataupun zikir ringkas سبحان الله , الحمدلله , الله أكبر , ولا حول ولا قوة الا بالله . Jika, apa pun tak boleh maka diam lebih baik dari berkata-kata. Benarlah sabda Rasullah
‘barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka berbicaralah dengan baik atau diam..’
Menyakiti hati saudara kita merupakan perkara yang sering kita lakukan tapi susah hendak membetulkannya. Fikirkanlah …dan inilah juga menjadi punca utama kesulitan dalam imtihan, tak payah berbicara terlalu panjang, masing-masing sudah dewasa, mempunyai akal malahan bergelar mahasiswa di universiti.
Memohon doa serta keberkatan dari kedua ibu bapa serta para alim ulama agar dimudahkan ilmu dan menjadi panduan kelak.
Dan akhir sekali al fakir ingin berkongsi sedikit tips dalam imtihan, ianya berkesan tapi dengan niat yang ikhlas, dan inilah yang diajarkan oleh guru al fakir. Sebelum menjawab kertas exam bacakan bismilah 17 kali..kemudian ditiupkan pada pen atau pensel yang digunakan untuk menjawab..setiap kali dibacakan bismilah maka ditiupkan pada pen ataup pensel berkenaan. Ingat, salah kaedah alamat tak jadilah.
Wallahu a’lam…

No comments: