Tuesday 26 April 2011

فزوروها



Islam diakhir zaman kian dilanda pelbagai kemelut serta fitnah merosakkan akidah dan pegangan umat.
Tidak perlu melihat teralu jauh, permasalahan akidah sudah cukup untuk menjatuhkan umat kekancah kesesatan dan jauh dari pedoman yang benar.Sesetengah puak mendakwa mengamalkan sunnat serta mengikut jalan salaf , memahami Al-quran dan hadis seperti mana yang telah zahir pada pandangan, mengharamkan apa saja perkara yang tidak diamalkan oleh salaf, menghukumkan kafir kepada individu yang menziarahi kubur, mengambil berkat atau bertawasul..
…kerna hanya berpegang pada hadis
كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة فى النار...
Menziarahi kubur atau makam bukanlah satu amalan bidaah sepertimana yang dihukumkan oleh sesetengah pihak bahkan ianya amalan yang dituntut dalam syariat islam, apatah lagi jika ianya menziarahi makan aulia serta para anbia alaihimus salam terutamanya kekasih yang dicintai ‘muhammad salallahu alaihi wasallam’.
Ketahuilah dan fahamilah, menziarahi makam nabi kita muhammad s.a.w adalah satu perkara yang disyariaatkan dalam islam dan amalan yang dituntut selaras dengan dalil al-quran, sunnah, ijmah ummah dan qias.Adapun didalam Al-quran, Allah swt telah jelas menerangkan dalam surah an-nisa’ ayat 64
ولو انهم اذ ظلموا انفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفرلهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما
Kalau mereka itu ketika menganiaya diri mereka sendiri, datang kepada engkau, lalu memohonkan ampun kepada Allah, dan rasul memohonkan ampunan pula untuk mereka, tentulah mereka akan mendapati Allah itu maha penerima taubat dan maha penyayang.
Alhamdullah, ayat diatas menjelaskan akan galakan Al-quran kepada umat agar pergi berjumpa serta menziarahi Nabi saw dan memohon keampunan darinya, maka akan dipohonkan keampunan untuk mereka yang menziarahinya.Dan dapat kita perhatikan dalam ayat tersebut datang pada lafaz umum maka ianya tidak terputus walaupun setelah kewafatan Rasullah. Allah swt dalam ayat (لوجدوا الله توابا رحيما) menjanjikan keampunan kepada mereka yang memohon keampunan serta dipohonkan keampunan mereka oleh Rasullah. Makanya disini jelas bahawa menziarahi makam Nabi saw bukanlah satu amalan bidaah.
Imam Fakrul Razi rahimahullah dalam tafsirnya ada menyebut ,bertanya seseorang kepada imam, “ tidakkah jika memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepadanya dengan sebenar-benar taubat maka akan diterimanya?..maka apakah faedah Al-quran menyebut tentang keampunan dari Rasullah ? “
Berkata imam “ pertama, melakukan dosa serta maksiat adalah menyalahi hukum Allah dan ianya juga menyakiti hati Nabi saw maka wajiblah ia memohon keampunan dari rasullah.
Kedua, kaum yang tidak redha dengan hukum-hakam rasullah maka zahir dalam diri mereka sifat memberontak, oleh itu wajiblah bagi mereka menghilangnya dengan memohon keampunan dari nabi saw.
Dan ketiga. Apabila mereka datang hendak bertaubat maka wajiblah bagi mereka untuk membuang segala sifat yang buruk dan keji, tatakala taubat mereka diiringi dengan keampunan rasul maka ianya menjadi taubat yang diterima. “

Adapun dalam tafsir Ibnu Kathir menjelaskan hikmah dalam ayat ini bahawa Allah taala memberi petunjuk kepada umat terutama mereka yang terjebak dalam maksiat Allah agar datang berjumpa Rasullah memohon keampunan Allah darinya, dan barangsiapa melakukan yang demikian itu maka taubatnya diterima Allah swt.

Berkata Imam Atby; ketika mana aku duduk disisi makam Rasullah tiba-tiba datang seorang a’rabi lalu berkata Assalamualaikum ya Rasullah, aku mendengar ayat Al-quran ولو انهم اذ ظلموا انفسهم جاءوك... ;ayat, sesungguhnya aku datang memohon keampunan akan dosaku dan memohon syafaat kepadamu disisi tuhan “.Maka berlalu a’rabi tersebut.Berkata Imam Atby, aku melihat Rasullah dalam tidurku berkata “ wahai Atby bahawasanya a’rabi tersebut benar maka khabarkan berita gembira kepadanya, sesungguhnya Allah telah mengampuninya.

Dalil dari As-sunnah ..; hadis Nabi saw menyebut

من زار قبرى وجبت له شفاعتى; وفي رواية, حلت شفاعتى
Barangsiapa menziarahi makamku maka wajiblah baginya syafaatku
Hadis tersebut diriyawatkan oleh darul qutni dan beberapa imam hadis yang lain.Tidak perlu lagi disyarahkan hadis tersebut kerna telah jelas lagi disuluh cahaya akan maknanya kecuali bagi yang telah terpadam mata hatinya melihat kebenaran.Dalam hadis lain Rasullah menyebut
من حج فزارنى فى مسجدى بعد وفاتى كان كمن زارنى فى حياتى
barangsiapa mengerjakan haji lalu menziarahi aku di masjidku seumpama dia menziarahi aku sewaktu hidupku
من جائنى زائرا كان له حق عند الله عز وجل أن اكون له شفيعا يوم القيامة
Barangsiapa datang kepadaku kerna menziarahi aku,baginya hak disisi Allah bahawa aku akan menjadi syafaat kepadanya diakhirat
Dan banyak lagi hadis yang menjelaskan suruhan serta galakan Rasullah supaya menziarahi makamnya.Maka dimana letaknya bidaah disini wahai kaum yang mengelarkan diri mereka salafy??

Ijma’ ummah, berkata Ibnu Hajar Asqolani dalam kitabnya الجوهر المنظم فى زيارة قبر النبى المكرم sesungguhnya telah dipetik dari kalam imam-imam bahawa menziarahi makam Rasullah adalah dituntut, dan perselisihan pendapat ulama pada hukum ziarah, adakh wajib atau sekadar sunnah ? ,tidak ada yang menghukumkan ianya makhruh apatah lagi haram. Barangsiapa menyalahi hukum tersebut maka ianya telah menyeleweng dari hukum ijma’ ummah.
Dan dalam hukum qias, terdapat banyak hadis soheh yang diriwayatkan menjelaskan tentang suruhan untuk menziarahi kubur atau makam aulia serta para solehin mahupun syuhada’ maka menziarahi makam Rasullah lebih utama dan afdal untuk diziarahi.



Alhamdullah jelas sudah dalil diberi
Bagi yang empunya mata hati
pandulah diri kearah petunjuk hakiki
itulah jalan syurga abadi
sumber ; al-quran - tafsir ar-razi - tafsir ibnu kathir - tafsir wasid - hadis -


No comments: