Saturday 18 June 2011

Minda masyarakat atau minda kita…??





Antara sedar atau tidak,pelbagai perkara yang berlaku disekeliling kita, sama ada ianya berlaku dalam lingkungan minda mahupun diluar kawalan akal, yang pasti ia melibatkan kehidupan serta struktur perjalanan seharian individu mahupun bi’ah masyarakat.
‘Benda’ yang jelas terjadi didalam masyarakat kini terutamanya di Malaysia, yang mana hangat diperbualkan didalam akhar-akhbar serta media iaitu “perhimpunan bersih” yang dianjurkan oleh sebahagian pihak, menuntut keadilan dalam pilihanraya yang akan datang, dan perkara yang baru bagai goreng pisang panas ,karikatur yang diterbitkan Utusan Malaysia dimana ianya dianggap sebagai menghina Islam.
Disini, bukan bertujuan untuk menyalahkan pihak disini atau mengangkat disana kerna perkara utama yang wajar diteliti adalah minda masyarakat, dimana letaknya minda masyarakat kini terutama masyarakat Malaysia secara khusus. Adakah masih dijajah atau sudah merdeka ?.
Falsafah Bacon
Francis Bacon dalam falsafahnya ada menyebut tentang kritikan akal, yang mana beliau menyebut diantara perkara utama yang menjadi penghalang bagi individu itu untuk sampai kepada pengetahuan yang hak adalah kekeliruan yang terbit dari suasana persekitaran masyarakat. Kesan daripada persekitaran masyarakat menjadi punca utama untuk seseorang itu terelak daripada berfikir diluar kotak akal masyarakat. Oleh kerna itu, minda seseorang itu umpama diprogramkan dan dikawal oleh akal masyarakat. Contoh yang mudah seperti kepercayaan agama, hukum tabiat (kebiasaan) dan sebagainya.
Makanya, tidak boleh terkeluar darinya, dan jika ada individu yang datang membawa perkara yang bertentangan denganya , akan dianggap pelik, buang tebiat sehinggakan dikatakan gila. Tidak hairanlah jika minda kita juga masih dikawal oleh minda masyarakat, dikawal oleh minda pemimpin, dikawal dengan minda media, dikawal dengan minda persatuan dan sebagainya.
Oleh sebab itu kita takut untuk berfikir apa yang orang lain tidak fikirkan, kita tidak mahu digelar pelik, tidak mahu melihat apa yang wujud diluar akal kita. Kita membelenggu dan mengikat akal kita dari bergerak bebas berfikir. Akan tetapi , yang peliknya kita selalu melaungkan kebebasan, kebebasan, kebebasan….dimanakah kebebasannya ?
‘Perhimpunan bersih’
Apa kaitan falsafah Bacon dengan ‘perhimpunan bersih’ ?
Islam menuntut umatnya berlaku adil dalam semua aspek walau dengan binatang atau tumbuhan sekalipun, begitu indah dan adilnya islam kerna islam datangnya dari Tuhan yang maha adil (al-hakim) dan bijaksana.
Jika kita melihat dari satu sudut, penganjuran ‘perhimpunan bersih’ adalah untuk menuntut keadilan pada beberapa perkara terutamanya keadilan dalam pilihanraya. Ianya tampak seolah-oleh usaha murni dalam membela keadilan masyarakat. Akan tetapi, pernahkah kita terfikir atau mahu berfikir, dalam kita menuntut keadilan adakah kita berlaku adil ? Apakah kefahaman kita tentang erti keadilan, atau laungan kosong tanpa pengertian ? Adakah keadilan itu telah jalan selari dalam diri kita ?...Jika ya jawapannya maka wajarlah kita menuntut keadilan, tapi kalau tidak atau tidak tahu, adakah kita berkata tentang perkara yang kita tidak tahu…mengapakah kita menuntut sesuatu yang kita sendiri tidak laksanakan…tidakkah kita merenung akan peringatan Allah Taala, mengapa kamu berkata pada perkara yang kamu tidak tahu..
Pepatah mengatakan ukur baju dibadan sendiri
Terkadang perkara yang sering kita lupa adalah diri kita, kita sering mengkaji serta mengkritik orang lain berbanding kita mengkritik diri kita sendiri, sedangkan sesuatu yang paling dekat dengan kita adalah diri kita,akan tetapi itulah yang kita sering terlepas pandang kerna sibuk dengan keiaban orang lain.
Apabila sesuatu perkara itu luncur dari bibir puak kita atau persatuan kita, tidak lain kecuali kita akan menyokongnya, sukar bagi kita untuk memikirkan apakah ia, akan tetapi mudah untuk kita mencari dalil menyokong perkara tersebut walaupun pada hakikatnya sukar, kerna apa ? ‘berjuang’..katanya. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya walau dengan cara apa sekalipun. Itulah dinamakan “auham el-basyari”.
Bila ianya dari musuh kita, negatif…tak betul…tak masuk akal..dan macam-macam lagi terlintas dalam benak kita. Sukar dan sukar dan sukar untuk kita berfikir apakah ia, dan jika kita terfikir sekalipun maka ianya mudah menjurus kearah negatif. Pasti terlintas untuk mengkritik dan memberi padangan padanya.
Revolusi mana datangnya
Masyarakat Eropah dahulunya jauh dari pegangan agama yang benar dari Allah kerna syariat yang dibawa oleh Nabi Isa alaihi salam telah diubah dan ditokok tambah oleh tangan musuh-musuh Allah dengan mengikut hawa nafsu mereka. Mereka hidup dizaman kegelapan Eropah yang dikuasai sepenuhnya oleh pemimpin agama (paderi kristian), segala tindak tanduk, kebenaran, kebatilan diukur berlandaskan jalur agama mereka (kristian) secare paksaan, barangsiapa yang menyalahinya atau bertentangan dengannya akan menerima hukuman yang berat. Maka zaman kegelapan Eropah tika itu, akal seluruhnya dikawal oleh jalur agama yang batil.
Kerna itu juga muncul ahli falsafah menentang kezaliman yang dibawa oleh pemimpin agama, maka terbitlah pelbagai fikrah yang bertujuan menentang kezaliman pemerintahan beragama.Pergerakkan mereka menyelinap masuk minda masyarakat menjelaskan kesesatan pemerintahan beragama dan perlu untuk menjatuhkannya, dan mendirikan pemerintahan berlandaskan akal jauh dari panduan agama. Maka muncullah Revolusi menjatuhkan pemerintahan beragama di Eropah.
Terikut atau dijajah
Diawal pembukaan tahun 2011 kita digemparkan dengan revolusi yang dilancarkan oleh beberapa buah negara khususnya di timur tengah menjatuhkan rejim dan pemerintahan yang zalim. Lihat secara zahirnya mereka menganggap mereka Berjaya melakukan revolusi menjatuhkan rejim yg zalim, adakah hakikatnya begitu?
Tidakkah kita melihat kerosakkan yang berlaku, tidak kiralah ianya dari sudut ekonomi, politik mahupun kemasyarakatan. Contoh yang paling dekat adalah mesir, matawang mereka menjunam jatuh, harga runcit serta bekalan asas meningkat mendadak, jenayah berleluasa, pergolakkan agama yang berlaku sehinggakan puak-puak ekstrim salafi menghancurkan makan aulia allah, pergaduhan sesame muslim sehinggakan membawa kepada maut, bercampur aduk antara perkara hak dan batil, ulama tidak lagi dihormati, dan banyak lagi.
Adakah ini dinamakan kejayaan yang dibangga-banggakan. Disini baru kita melihat dimana letaknya Islam, revolusi di Eropah dilakukan berpandukan akal yang terbatas dan mungkin saja terkesan degan hawa nafsu, mengapa kita mengambil jalan mereka sedangkan kita mempunyai panduan yang hak disisi Allah iaitu Al-quran dan As-Sunnah. Tidakkah ia menunjukkan minda kita masih dijajah?
Ulama dah pandu
Ulama pewaris para nabi dan rasul, mereka tidak mewarisi dirham atau kekayaan tetapi mewarisi ilmu. Maka ulama merupakan panduan kita, mereka lebih mengetahu perihal ayat-ayat Allah dan hadis rasulnya, mereka telah meletakkan manhaj agama dalam perjalanan hidup mereka sama ada berupa perkataan, penulisan dan tinggah laku mereka. Oleh itu , mengapa kita tidak mengikut laluan mereka?
Misal yang ringkas boleh kita jadikan iktibar, kisah Imam Syafiee yang dirakamkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya ‘manaqib syafiee’. Imam Syafiee pernah difitnah sebagai pembrontak sehinggakan hampir dihukum bunuh oleh amir mukminin, akan tetapi kebijaksanaan Imam Syafiee dan keluasan ilmunya maka beliau dibebaskan dari tuduhan. Rentetan dari peristiwa tersebut sepatutnya beliau boleh membuat revolusi menuntut keadilan bagi pihaknya, dan Imam Syafiee amat terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai, akan tetapi beliau tidak melakukannya kerna menjaga maslahah umat.
Tidakkah maslahah umat itu lebih penting berbanding maslahah individu mahupun institusi tertentu ?
Renungan
Adakalanya sesuatu perkara itu dilakukan untuk kepentingan individu tertentu ataupun puak-puak tertentu, hanya kerna individu tertentu saja member impak yang besar pada makhluk Allah yang lain, adakah ianya dinamakan adil ?
Tidakkah kita terfikir ianya akan menyakiti orang lain, menyusahkan masyarakat sekeliling dek kerna kepentingan kita. Berarak memenuhi jalan, membawa sepanduk, terpekik dan macam-macam lagi, tidakkah ianya mengganggu ? jika semua perkara kita nak buat reformasi, sikit-sikit reformasi, dari mana dapatnya keamanan. Bukankah kita dituntut untuk membuat kebaikan didunia bukan kerosakkan.
Kita katakan “ianya aman”, sejauh mana keyakinan kita atas perkara tersebut? Adakah kita tahu hati setiap orang? Tentu tidak, kita hanya bercakap atas anggapan kita bukan atas keyakinan. Mungkin saja ada yang mahu membuat porak peranda, membuat kecoh, dan ianya diluar kawalan kita. Samalah ianya berlaku di mesir. Renungkan..
Islam sudah mengajar jelas caranya…jika kamu menjaga hubungan baik kamu dengan Allah maka Allah akan jaga hubungan kamu dengan makhluknya kerna Allah sebaik-baik pentadbir.

No comments: