Tuesday 24 July 2012

ya akhi ingatlah wasiatku...


sampaikan ilmu walaupun sepatah kata yg mulia


ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

islam mengajar umatnya saling mengingati sesama mereka , tidak kira muda atau tua , miskin ,kaya , kecil , besar..ayat Al-quran & hadis telah  menjelaskan  akan kelebihanya, antaranya


ayat Al-quran memuji umat muhammadiah kerna kelebihan mereka yg sering menyuruh kepada kebaikan & mencegah kemungkaran 

 ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون

bersabda Rasullah

مَنْ دَعَا الى هُدَى كَانَ لَهُ مِن الأَجْرِ مثل أُجُور مَن تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلك مِن أُجُورهِم شيئا ومَن دَعَا الى ضَلَالَةِ كان عليه اثم مثل آثم من تبعه لا ينقص ذلك من آثمهم شيئا

Barangsiapa yg menyeru kepada jalan Allah maka baginya ganjaran & ganjaran kepada siapa yg mengikutinya, tidak akan terkurang sedikit pun…dan barangsiapa yg menyeru kepada maksiat & kesesatan maka baginya dosa dan dosa kepada siapa yg mengikutinya , tidak akan terkurang walaupun sedikit.

اذا مات ابن آدم انقطع عمله الا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
Apabila meninggal dunia anak adam maka terputus segala amalannya kecuali 3 perkara : sedekah jariah atau ilmu yg memberi manfaat atau seorang anak soleh yg mendoakn baginya.

Lagi sabda Nabi sollahualaihiwasalam

أجْوَدُكُم بَعْدِى رَجُلٌ عَلِمَ عِلمًا فنَشَرَهُ يُبعث يومَ القيامة أمةً واحدَه
Orang yg paling pemurah selepas aku ( Rasullah ) adalah seorang lelaki yg belajar ilmu kemudian disebarkannya maka akan dibangkitkn dihari akhirat kelak dalam golongan umat yg satu

Wahai saudaraku,
Telitilah puluhan malah ratusan hadis & ayat Al-quran yg menyebut kelebihan mengajarkan satu ilmu kepada orang lain. Terkadang kita sebagai umat Islam lupa & tidak mengambil berat tentang perkara ini kerna menganggap ianya hanyalah tugas & kerja ustaz diluar sana , kita??? duduk diam & melihat saja….

Ya akhi,
   بلغ ولو اية sampaikanlah walaupun satu ayat..sampaikanlah walaupun satu perkara yg baik, moga2 ianya menjadi asbab Allah memandang kamu dgn pandangan rahmatNya, adakah kamu ingin melihat Rasullah bersedih kerna kita ??? tidakkah kita mengingati Rasullah ??? umaty …umaty … umaty lafaz2 terakhir yg keluar dari bibirnya yg mulia mengingatkn umatnya , tapi dimana kita???...dimana kita ???

Jagalah…
Apabila kamu ingin menyampaikan satu ilmu kepada orang lain maka hendaklah kamu pastikan ilmu yg kamu sampaikan itu berlandaskan hukum Islam yg benar…tidak bercampur baur dgn perkara yg batil, bahkan jgn terlalu mudah menghukum orang lain serta menyalahknnya jika ia tersilap atau bebeza pendapat dgn kamu.
Wajib bg kamu memastikan ilmu yg disampaikn itu tepat dan tidak memecah belahkan umat islam, Allah bersifat dgn Ar-rahman maha pengasih akan makhluknya maka pastilah kamu menghiasi diri kamu dgnnya, memberi pengajaran serta teguran dgn berhikmah, tidak melampau & tidak juga terlalu mengambil terlalu ringan.

Ingatlah diri kamu
أتامرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون
Kamu menyeru manusia kepada kebaikan padahal kamu lupa diri kamu sedangkan telinga yg paling hampir mendengar nasihat kamu adalah kamu sendiri….oleh itu perbaiki diri kamu sebelum kamu memperbaiki diri orang lain… 

No comments: