Monday 13 April 2020

Buku ini bertajuk
  الشبهات المستشرقون عند السنة المطهرة وكيف نردها. 
Menolak syubahat Orentalis kepada Sunnah Nabawiyyah dan bagaimana menolaknya. 

Buku ini merupakan kajian ilmiah yang dilakukan oleh Ummu Shahira binti Aziz pada tahun 2015.


Buku ini merupakan satu kajian yang dijalankan bertujuan untuk memperjelaskan kepada masyarakat terutamanya Umat Islam tentang kedudukan Hadis dalam penentuan hukum selepas al-quran.

Selain itu kajian ini juga membincangkan tentang gerakan anti hadis yang menyerang pemikiran serta mengancam akidah umat Islam kini.
Pelbagai syubahat serta tomahan yang dilemparkan untuk memalingkan umat Islam daripada Hadis seterusnya berpegang kepada akal semata-mata dalam urusan agama mereka. Oleh itu fokus utama kajian ini untuk mempertahankan hadis sebagai sumber utama selepas Al-Quran dan menjadi tunjang utama dalam perbahasan Islam.

Buku ini mengandungi 4 fasal iaitu fasal pertama membahaskan tentang tujuan kajian ini dipilih sebagai tajuk utama perbahasan.

Fasal kedua fokus utama perbincangan tentang makna dan siapakah sebenarnya golongan Orentalis.

Fasal ketiga persoalan serta syubahat yang ditimbulkan oleh Orentalis terhadap Sunnah Rasulullah dan Fasal keempat dakwaan Orientalis terhadap sunnah dan bagaimana menolaknya.

Benarlah firman Alllah dalam Al Quran
وما ينطق عن الهوى ان هو الا وحى يوحي.

No comments: